Friday, May 25, 2012

SAYA RASA MALU NAK TOLAK HADIAH DIA

....بسم الله الرحمن الرحيم
-السلام عليكم- 
•.¸¸.•´¯`•.♥.•´¯`•.¸¸.•

biasanya orang akan rasa malu nak terima hadiah kan?
ni kenapa saya terbalik pulak ni?
malu nak tolak hadiah?
hadiah apa?
dari siapa?



tadi sebenarnya saya nak tulis entry berkenaan 'kenapa saya bertudung labuh'. tiba-tiba Allah hadirkan ilham bahawa tudung atau lebih tepat lagi syariat menutup aurat itu adalah hadiah dariNYA..
saya rasa Allah tak hadirkan ilham itu untuk saya seorang je, maka saya decide untuk kongsikan dalam entry saya kali ini..
:)

soalan mukadimah entry saya telah pun terjawab.

hadiah apa? --> syariat menutup aurat.
dari siapa? --> Allah swt.

~

kenapa pulak saya rasa malu nak tolak hadiah ni?

kenapa?

sebab saya tahu Allah hadiahkan syariat ini pada saya untuk menjaga diri saya sendiri. untuk menjadi perisai diri ini. untuk memandu tingkahlaku saya sehari-hari. untuk meningkatkan darjat saya menjadi seorang muslimah sejati. dan kelak nanti Allah akan kurniakan dengan syurga yang semua insan impi. andai saya benar-benar mentaati.

semuanya untuk saya, untuk kita. bukankah ini hadiah yang sangat bermakna?

saya yakin yang Allah tetap akan menjaga kita kat dunia ni, regardless of apa yang kita pakai. sebab Allah bukan hanya ada dan menjaga orang-orang yang 'taat', Allah ada untuk semua orang, in fact untuk semua makhluknya. tak kira apa pun. dari batu sehinggalah kepada malaikat. Allah ada. itu pasti.

jadi kalau tak menutup aurat dengan sempurna pun still akan selamat kan cik wa?

insyaAllah selamat, sebab takdelah kalau tak menutup aurat tu kita akan gagal exam or kemalangan jalan raya. betulkan?

cuma rugilah kita.
kita tolak hadiah dari langit ini.
dan selamat kita itu hanyalah di dunia ni,
akhirat sana?
wallahualam.

Allah bagi kita peluang untuk usaha jaga diri, supaya Allah boleh award kita dengan pahala. Allahu, sudahlah bagitahu cara segala, dapat pula pahala.. ditingkatkan pula darjat.. dijanjikanNYA pula syurga andai kita benar-benar ikhlas dan taat. semuanya untuk diri kita sendiri.. Allah.. Subhanallah..

kalau saya tolak hadiah ni, saya tidak lain, hanyalah seorang hamba yang tak mengerti erti bersyukur. saya gagal menghargai permberian dari penguasa yang agung. Allah. saya takut andai saya menolak, saya adalah tergolong dalam golongan hambaNYA yang kufur. nauzubillah.

maka saya ambil keputusan untuk menyempurnakan syariat ini dalam kehidupan saya. 
 
saya mengaku yang untuk berubah itu mungkin susah. terasa menyakitkan dan payah. tapi. untuk menolak perubahan dan pembaikan diri itu juga adalah satu musibah.

Allah hanya tunggu kita untuk membuat langkah pertama, lepas tu insyaAllah DIA akan bantu kita, DIA akan datangkan orang-orang yang akan membimbing dan memberikan kefahaman itu kepada kita. percayalah dengan rahmatNYA. yakinlah yang DIA ada.

mulakanlah langkahmu. kuatkanlah azammu. terimalah hadiah ini dengan hati yang terbuka dan penuh kesyukuran. insyaAllah Allah akan membalas sesuai dengan apa yang kita usahakan. :)

~

saya mengaku, saya mula melakukan syariat ini dengan hati yang masih belum sepenuhnya mengenal DIA, masih belum sepenuhnya faham islam yang dibawa rasulNYA, masih kelabu pandangan tentang tujuan berada di duniaNYA, dan masih dalam perjalanan mencari jawapan tentang segalanya.

tapi, Alhamdulillah, dengan langkah saya itu Allah anugerahkan saya dengan hadiah-hadiah yang menyusul tanpa henti, Allah hadirkan orang-orang yang membantu saya untuk memahami itu dan ini, membawa saya mengenal erti sebenar lahirnya saya di muka bumi, pencerahan demi pencerahan dikurniakanNYA tanpa henti.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

kini, saya terima hadiah ini dengan hati yang benar-benar mengerti, yang demi redhaNYA saya perlu melakukannya, saya mesti patuh dan taat dengan segala perintah dan laranganNYA. bukan hanya dalam syariat menutup aurat, malah dari seluruh aspek kehidupan saya. saya faham kini yang saya perlu islam di luar dan dalam diri saya. dan saya masih lagi berusaha untuk itu.

saya sangat yakin dan percaya, yang andai kita benar-benar faham yang Allah itu ada, yang islam itu benar, yang janjiNYA tentang syurga dan neraka itu pasti, kita pasti akan mentaati.

insyaAllah.

dan..

saya percaya, setiap anda yang membaca entri ini dari mukadimah sampai kepada ayat ini mempunyai sekeping hati yang sedang mencari jalan untuk kembali.. untuk kembali kepada Illahi.. 
tanyalah hati anda, bila lagi hendak memulakan langkah kalau bukan hari ini?

kalaupun bukan dengan menyempurnakan syariat ini, mulakanlah langkah untuk memahami erti aqidah islami.

insyaAllah, aqidah yang mantap akan mendorong perlaksanaan syariat yang sempurna. zahir dan batin.

selamat bermujahadah. moga Allah tunjukkan jalannya.

insyaAllah.


sekian.